Lagenda Selangor, Datuk Zainal Abidin yakin standard kelab Lembah Klang itu dan juga Johor Darul Ta’zim (JDT) sukar ditandingi.
Beliau turut melihat bahawa MFL Challenge Cup merupakan satu-satunya trofi yang masih belum berada dalam genggaman pasukan.
“Inilah satu piala yang Selangor masih tidak dapat lagi. Selangor perlu mendapatkan piala ini untuk dihadiahkan kepada peminat.
Zainal yang juga merupakan lagenda Gergasi Merah berharap agar penantian kelab Lembah Klang itu untuk mendapatkan trofi bakal berakhir.
“Kita tahu bahawa mereka (Selangor) merupakan pasukan gergasi namun masih tidak merangkul sebarang piala. Walaupun ia hanyalah Piala Cabaran tetapi ia tetap piala,” katanya kepada Astro Arena.
“Aksi ini juga boleh dimanfaatkan oleh Selangor bagi mengasah pemain sebagai persediaan musim hadapan.
Bukan itu sahaja, Zainal juga menganggap bahawa standard yang ditunjukkan oleh dua kelab ini adalah jauh lebih tinggi berbanding kelab lain di Malaysia.
“Mereka bersaing dalam banyak pertandingan seperti Champions League, Liga Super, Piala Malaysia dan lain-lain. Standard Selangor dan JDT boleh dikatakan pada tahap lebih tinggi berbanding pasukan lain,” tambahnya.
Selangor bakal berjuang di Stadium Bandaraya bagi aksi separuh akhir pertama menentang Penang pada 18 Januari ini.