Advertisement

Follow us:

Status Kecederaan Khuzaimi Piee Resahkan Kem Harimau Malaya

Syihan Malaysia 1 Status Kecederaan Khuzaimi Piee Resahkan Kem Harimau Malaya
FA Malaysia
Nik Faris
@nikfalovic
4:02pm 22/12/2022
Pivo

Status kecederaan yang melanda tonggak pertahanan utama Harimau Malaya, Ahmad Khuzaimi Piee jelas meresahkan kem negara ketika ini.

Pemain berusia 29 tahun itu merupakan antara tonggak penting sejak kehadiran ketua jurulatih, Kim Pan-gon untuk mengemudi benteng skuad kebangsaan.

Beliau sekali lagi menjadi taruhan oleh pengendali kelahiran Korea Selatan itu tatkala Malaysia memulakan aksi menentang tuan rumah, Myanmar semalam.

Namun begitu, bekas pertahanan Negeri Sembilan ini mengundang keresahan buat kem Malaysia apabila beliau terpaksa diusung keluar pada babak kedua.

“Khuzaimi Piee berkemungkinan terlepas aksi Piala AFF 2022 berdasarkan keadaannya tadi.”

“Dia terpaksa guna Shoulder Crutches. Skuad Harimau Malaya akan mengemas kini selepas teliti laporan pegawai perubatan,” ujar wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam.

Keadaan ini bertambah buruk apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) ada memuat naik gambar Khuzaimi yang bertongkat ketika tiba di KLIA sebentar tadi.

Setakat ini, masih tiada makluman lanjut mengenai status kecederaan pemain baharu Selangor itu.