Steve Darby: Vietnam Berpeluang Lepasi Peringkat Kumpulan Piala Asia
Asia
AFC
Advertisements

Menjelang Piala Asia 2023 yang bakal berlangsung pada Januari tahun hadapan, bekas pengendali Perak FC, Steve Darby percaya Vietnam mampu melepasi peringkat kumpulan.

Piala Asia 2023 menyaksikan Pahlawan Bintang Emas berada dalam Kumpulan D yang diberi jolokan Kumpulan Maut.

Ini kerana pasukan yang berkedudukan ke-94 dunia itu diletakkan bersama dua pasukan gergasi Asia, Jepun dan Iraq. Sementara pasukan serantau, Indonesia melengkapkan cabaran Kumpulan D.

Advertisements

Ironinya, Iraq, Indonesia dan Vietnam turut berada dalam kumpulan sama pusingan kelayakan kedua Piala Dunia 2026. Ketiga-tiga pasukan itu berada dalam Kumpulan F.

Darby menyifatkan Vietnam secara realistik berdepan kesukaran untuk melepasi saingan peringkat kumpulan.

Pada masa sama, pengendali berpengalaman berusia 68 tahun itu percaya pasukan itu mampu melakar kejutan dalam kejohanan itu.

Advertisements

Bagaimanapaun, Darby menyatakan ia hanya berlaku dengan syarat mereka mendapat sokongan penuh daripada Persekutuan Bola Sepak Vietnam (VFF).

“Kita perlu bersikap realistik dengan Jepun akan menerajui Kumpulan (D). Kedua-dua Iraq dan Indonesia akan sukar dijangka.

“Kedua-dua pasukan memiliki ramai pemain yang bagus tetapi Iraq berkemungkinan tidak memiliki persiapan yang baik dan Indonesia akan dipengaruhi oleh pelbagai faktor selain bola sepak.

Advertisements

“Indonesia memiliki populasi dan pemain bagus yang ramai, mereka sepatutnya berada dalam kalangan pasukan teratas di Asia.

“Vietnam mungkin pasukan terlemah dalam kumpulan tetapi itu bergantung kepada kualiti persediaan dan sokongan daripada VFF. Begitupun, Vietnam berada dalam kumpulan sukar di Piala Asia,” katanya dalam temubual eksklusif bersama TheThao247.

Barisan pemain Pahlawan Bintang Emas dijangka dipanggil ke kem pasukan itu pada 28 Disember ini sebagai persediaan kempen Piala Asia 2023.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram