Strategi Dan Perjalanan Perniagaan Real Chukai FC Wajar Dicontohi
Liga M3
Facebook: Real Chukai FC
Advertisements

Kelab bola sepak Real Chukai yang beraksi dalam saingan Liga M3, memaklumkan bahawa mereka sedang menyiapkan pembinaan sebuah kafe. Kafe milik kelab itu akan dibina di Stadium Mak Chili dan dijangka siap pada Oktober kelak.

Kafe ini dijangka akan mula beroperasi pada bulan Oktober depan bagi meraikan sokongan para peminat dan penyokong Real Chukai FC. Menurut satu hantaran di akaun facebook rasmi Real Chukai FC, pembinaan cafe ini merupakan antara perancangan dan usaha memajukan kelab pada masa akan datang.

Baca: Stadium Bola Sepak Real Chukai Ini Bakal Buka Mata Kelab Profesional Di Malaysia

Advertisements

Dalam pada itu, pembinaan kafe ini akan turut membantu menambahkan lagi sumber pendapatan kelab. Usaha dan strategi ini turut menerima maklum balas positif penyokong bola sepak Malaysia.

Menerusi beberapa ilustrasi yang dimuat naik di Facebook Real Chukai, kafe yang bakal siap itu menjadi bualan warganet. Ramai yang memuji dengan kekemasan konsep kafe yang dipersembahkan dalam ilustrasi tersebut.

Selain itu Real Chukai FC turut melancarkan jersi terbaru mereka keluaran jenama Voltra.

Advertisements

Jersi tersebut dijual pada tanda harga RM85 dengan dua versi iaitu versi Home dan Away. Anda boleh dapatkan jersi tersebut di Shopee Real Chukai Dockstore.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram