Strategi Perniagaan Shahrul Nizam Bantu Lariskan Tiket Terengganu
Piala Malaysia
Terengganu FC
Advertisements

Menjelang aksi separuh akhir Piala Malaysia yang menemukan Terengganu FC dan Kuala Lumpur City FC (KL City) pada Jumaat ini, pertahanan Terengganu, Shahrul Nizam Ros Hasni ada tawaran kepada penyokong Terengganu.

Shahrul Nizam bermurah hati untuk menghadiahkan sebanyak 50 keping tiket secara percuma kepada penyokong Terengganu. Tiket yang diberikan secara percuma itu adalah bersyarat.

Syaratnya adalah dengan membuat pembelian sekurang-kurangnya RM30 di gerai ikan yang diusahakan Shahrul Nizam. Perkara tersebut dikongsikan oleh pempengaruh terkenal Terengganu, YB Adam Amri di laman Tiktok beliau.

Advertisements
@adamamri_

Beli ikan dapat tiker bola, pakat support kedai ikan segor kapten terengganu ni sekmung, mana tahu rezeki dapat tiket percuma #fyp #abcxyz

♬ OHIO FINAL BOSS – CRYPTZZ COFFIN

Dengan pembelian melebihi RM30, penyokong akan menerima satu kertas. Kertas tersebut perlu diisi dengan butiran peribadi seperti nama dan nombor telefon. 50 pemenang tiket bertuah akan dihubungi oleh Shahrul Nizam pada petang Jumaat ini.

Strategi Shahrul Nizam itu wajar diberikan pujian kerana biarpun memberikan tiket percuma secara bersyarat, ianya sedikit sebanyak akan membantu Terengganu dalam melariskan jualan tiket separuh akhir itu

Berbalik kepada aksi separuh akhir yang dijangka sengit itu, Terengganu memiliki kelebihan untuk mara ke pentas akhir selepas menang pada aksi pertama separuh akhir tempoh hari dengan agregat 2-1. KL City yang kembali mendapat sentuhan Paulo Josue dijangka akan menyerang habis-habisan bagi memburu gol.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram