Stuart Ramalingam Jawab Status Terkini Lee Tuck & Aguero
Dunia
Faris / MakanBola
Advertisements

Ketua Pengarah Eksekutif Malaysian Football League (MFL) Stuart Ramalingam dalam sidang media hari ini menyatakan bahawa status naturalisasi dua pemain iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero masih dalam proses. 

Stuart menjelaskan bahawa proses yang sedang dijalankan antara MFL dan Sri Pahang sedang berjalan dengan lancar. 

“Tentang rayuan Sri Pahang, kita masih dalam proses antara MFL sendiri dan Sri Pahang. Prosesnya berjalan lancar jadi dengan itu pemahaman dari Pahang dan MFL sama, mereka juga mempunyai kehendak dan tiada masalah untuk kami.

Advertisements

Bagaimanapun Stuart memaklumkan bahawa keputusan sebenar berkaitan hal itu masih belum dapat diluluskan.

“Apa yang dalam manual dah termaktub prosesnya, jadi kita perlu diperhalusi. Setelah kemukakan surat itu, kami terbuka mendengar.”

“Saya telah menyerahkan surat dan segala butiran kepada sekreteriat, presiden dan ahli lembaga pengarah,” ujar Stuart.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram