Stuart Wilkin Makin Hampir Tinggalkan Sabah, Pulang Ke JDT?
MakanBola
Sabah FC

Pemain tengah Sabah, Stuart Wilkin dikhabarkan semakin hampir membawa haluan baharu bersama pasukan gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Khabar angin Wilkin dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam. Beliau melaporkan bekas pemain remaja Southampton itu semakin hampir meninggalkan Sabah.

Wilkin dikhabarkan akan kembali bersama JDT untuk menghadapi separuh kedua musim 2025/26.

Sekiranya perpindahan itu menjadi realiti, beliau akan menjadi pemain Sang Badak terbaru meninggalkan pasukan itu selepas Daniel Ting.

”Selepas Daniel Ting, Stuart Wilkin difahamkan tinggalkan Sabah – JDT dilihat jadi destinasi terbaik buat pemain tengah Harimau Malaya ini,” katanya di X.

Untuk rekod, Wilkin bukan asing dengan JDT. Ini kerana pemain tengah Harimau Malaya itu pernah mewakili Harimau Selatan pada 2021.

Wilkin kemudiannya menyertai Sabah FC secara pinjaman pada musim tersebut sebelum menyertai Sabah secara tetap pada 2022.

Sekiranya perpindahan ini menjadi kenyataan, beliau akan menjadi pemain tengah kedua menyertai JDT selepas Rui Filipe. Bekas pemain tengah Yunnan Yukun itu menyertai JDT baru-baru ini.

Claim Money Packet TnG