Subahan Dedah Punca Sebenar PJ City Tarik Diri, Bukan Kerana Masalah Kewangan
Dunia
Haziq/MakanBola
Advertisements

Pengunduran PJ City FC daripada saingan Liga Malaysia musim depan, bukan kerana masalah kewangan sepertimana tanggapan ramai.

Presidennya, Datuk Seri Subahan Kamal menjelaskan keputusan berat itu diambil kerana kelab itu mendapati sukar untuk bersaing dan menyesuaikan diri dengan penstrukturan baru Liga Malaysia yang dibuat Malaysian Football League musim depan.

“Kelab sudah melakukan yang terbaik dalam beberapa tahun kebelakangan ini terutama kita menjadi antara kelab yang memberi peluang kepada barisan pemain tempatan menonjolkan bakat dan keupayaan mereka.

Advertisements

“Tetapi melihat kepada saingan liga musim depan, memang akan menjadi sukar dan mustahil untuk kita mengambil bahagian.

“Berbalik kepada tujuan asal penubuhan kelab, kami belanja besar dalam RM15 juta, RM16 juta setiap tahun untuk memberikan yang yang terbaik bagi bola sepak dan sukan negara ini.

“Tahun depan cuaca (senario) bola sepak negara tidak bersesuaian dengan kelab atau pengurusan nak buat. Bayangkan pada musim ini kalau lima import pun kami sudah bergelut, inikan pula untuk musim depan yang mana bilangannya akan bertambah.

Advertisements

“Jangan salah faham, kami tidak menyalahkan MFL dan FAM, mereka buat yang terbaik untuk bola sepak negara, cuma kami tidak mampu sesuaikan diri dengan situasi itu” katanya dalam satu sidang media khas di Petaling Jaya pada Jumaat.

Selain memperkenalkan Liga Super 18 pasukan yang akan menyaksikan pertambahan jumlah perlawanan dan kos operasi, antara perubahan lain dibuat MFL adalah menambah kuota pemain import daripada lima kepada sembilan.

PJ City menjadi satu-satunya pasukan mempercayai sepenuhnya kudrat pemain tempatan selama dua musim berturut-turut pada 2021 dan 2022, dan pencapaian mereka tidaklah mengecewakan.

Advertisements

Malah kelab itu juga berjaya untuk memulihkan prestasi beberapa pemain tempatan berprofil tinggi selain membekalkan pemain ke skuad kebangsaan termasuklah Kogileswaran Raj, Kalamullah Al-Hafiz dan Darren Lok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram