Subkhiddin Persoal Tindakan Pengadil Benarkan Gol Sarawak United
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Disebalik kemenangan 3-2 yang dicatatkan Sarawak United ketika menewaskan Melaka United semalam, terselit satu gol kontroversi yang dibernarkan oleh pengadil perlawanan.

Gol tersebut adalah merupakan gol kedua pasukan Sarawak United yang juga merupakan gol penyamaan untuk menjadikan kedudukan terikat 2-2.

Ianya bermula dari sepakan percuma yang diambil Lee Chang Hoon yang membias terkena pemain lain sebelum melambung tinggi. Berlaku perebutan di udara di antara Gonzalo Soto, Francis Kone dan penjaga gol Melaka United, Bryan See sebelum bola jatuh terkena Francis Kone dan bola melantun masuk ke gawang.

Advertisements

Melalui satu ciapan penulis sukan yang dikenali T. Avineshwaran, beliau melihat gol tersebut seharusnya tidak dikira kerana pemain Sarawak United iaitu Gonzalo Soto terlebih dahulu dilihat menyiku Bryan See sekali gus menghalang penjaga gol Melaka United itu melakukan penyelamatan yang baik.

Avineshwaran juga telah meminta pendapat dari bekas pengadil bola sepak negara, Subkhiddin Mohd Salleh berkenaan gol tersebut. Subkhiddin menyatakan bahawa gol itu seharusnya tidak sepatutnya dibenarkan kerana terdapat kekasaran dari Gonzalo Soto.

Beliau juga merasakan pengadil pasti akan berubah fikiran selepas menonton kembali video berkenaan gol yang dibenarkan itu.

Advertisements

Kemenangan Sarawak United ini sudah tentu melegakan jurulatih baharu mereka, S. Balachandran yang baru mengambil alih kedudukan jurulatih daripada B. Satianathan yang meletakkan jawatan kerana masalah kesihatan yang dihadapi.

Sarawak kini berada di kedudukan ke-7 Liga Super dengan mengumpul 10 mata dan kemenangan semalam juga berjaya mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram