Suhaimi Husin Tiada Dalam Radar JDT
Dunia
Suhaimi_Husin24
Advertisements

Penjaga gol utama pasukan Terengganu, Mohd Suhaimi Husin, menafikan ura-ura yang mengatakan beliau akan menyertai pasukan dari selatan, Johor Darul Ta’zim seperti yang dilaporkan Berita Harian. Suhaimi boleh dikatakan beraksi dengan cemerlang musim lepas bersama Terengganu sekaligus menerima pujian daripada Tunku Ismail sendiri.

Difahamkan, penjaga gol berusia 27 tahun itu sedia pertimbang keputusan untuk berpindah ke Harimau Selatan jika ada tawaran rasmi dari pihak pengurusan pasukan. Beliau menyatakan bahawa bukan perkara yang mudah untuk beraksi bersama skuad gergasi Malaysia tersebut.

“Setakat ini saya tidak dihubungi mana-mana pihak daripada JDT. Lagi pun saya sudah menandatangani kontrak bersama TFC. Tapi jika ada tawaran saya sedia timbang kerana bukan mudah untuk beraksi bersama skuad gergasi Liga M itu,”

Advertisements

Mengulas lanjut, Suhaimi akan kekal komited untuk terus membantu pasukan Terengganu mencapai kejuaraan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia musim hadapan. Beliau turut tidak teragak-agak untuk pacu Terengganu beraksi dalam saingan Piala AFC 2023.

“Tapi jika tidak ada, fokus saya sudah pasti untuk membantu TFC memperbaiki kedudukan dalam saingan Liga Super dan Piala Malaysia selain Piala FA serta mengintai peluang beraksi dalam saingan Piala AFC 2023,” kata Suhaimi kepada Berita Harian. 

Namun, penjaga gol kelahiran Terengganu itu dengan rendah hati menolak tawaran dari pihak JDT oleh kerana beliau sudah menerima kontrak lanjutan bersama TFC musim hadapan.

Advertisements

“Bagaimanapun saya terpaksa menolak tawaran itu secara baik kerana sudah bersetuju untuk kekal bersama TFC,” ujar Suhaimi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram