Tunku Ismail Pamer Rasa Kagum Terhadap Aksi Cemerlang Suhaimi Husin
Dunia
Suhaimi_Husin24
Advertisements

Perlawanan yang berlangsung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya kelmarin telah menampilkan dua gergasi bola sepak tempatan, Selangor FC dan Terengganu FC beraksi dalam perlawanan kelima, saingan Piala Malaysia 2021. 

Terengganu FC yang turun dengan formasi 4-4-2 berjaya membawa pulang tiga mata penuh, apabila menang 3-1 keatas Selangor FC. Aksi cemerlang penjaga gol pasukan pelawat, Suhaimi Husin turut menghiasi perlawanan dan mencuri tumpuan ramai sekaligus mendapat perhatian daripada Tunku Ismail Idris.

Dalam perlawanan tersebut, Suhaimi Husin menggalas tugas sebagai penjaga gol dengan sangat baik dimana seawal minit ke-9 perlawanan, rembatan kencang daripada Nik Sharif berjaya ditumbuk keluar Suhaimi.

Advertisements

Penjaga gol yang berusia 27 tahun itu terus menampilkan prestasi terbaiknya apabila pada minit ke 45 permainan, beliau menepis keluar satu percubaan cantik daripada penyerang Selangor FC, Shahrel Fikri.

Tampanan tersebut seolah-olah menjadi pembakar semangat buat Suhaimi apabila beliau sekali lagi menggagalkan percubaan Shahrel Fikri pada minit ke-54 setelah rembatan sepakan percuma Shahrel itu diselamatkannya.

Anak jati kelahiran Terengganu ini terus menjadi wira pasukan, melakukan usaha penyelamatan pada minit ke-68 permainan setalah tampanan tepat Shahrel Fikri ke gawang Terengganu berjaya ditepisnya. Aksi dan persembahan memukau Suhaimi wajar sekali dipuji.

Advertisements

Walau bagaimanapun, pada minit ke-82 permainan Suhaimi terpaksa akur setelah dibolosi dengan gol tunggal pasukan tuan rumah menerusi Shahrel Fikri yang menyambar masuk bola hantaran Norhakim Hassan. 

Setelah tamat perlawanan, Terengganu FC mengumumkan Suhaimi Husin sebagai pemain terbaik perlawanan. Hantaran dengan poster yang tertulis Saviour itu telah mendapat respon baik daripada Tunku Ismail Idris.

Tunku Ismail Idris dilihat mempamerkan rasa kagum terhadap aksi luar biasa Suhaimi dengan meninggalkan mesej berbentuk emoji tepuk tangan sekaligus menggambarkan Tunku turut berpuas hati melihat prestasi Suhaimi Husin.

Advertisements

Komen Tunku tersebut juga mendapat perhatian para penyokong Terengganu FC dengan ucapan Daulat Tuanku.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram