“Suka Hati Ubah Format” – Liga KL Tercalit Kontroversi?
Dunia
@Yogendras31 / PixaBay
Advertisements

Liga Kuala Lumpur kelolaan KL FA dikhabarkan mengubah format penganjuran selepas perlawanan kumpulan A & B tamat seperti didakwa salah seorang pengurus pasukan yang menghubungi MakanBola.

Menurutnya yang hanya mahu dikenali dengan panggilan Muhammad, pasukannya sepatutnya telahpun layak ke separuh akhir namun secara tiba-tiba perlu beraksi di suku akhir bagi memuaskan hati pasukan yang gagal berada di kedudukan 2 teratas.

“Format asal pertandingan adalah liga satu pusingan yang mana hanya 2 pasukan teratas setiap kumpulan akan layak ke pusingan separuh akhir.

Advertisements

“Kami menerima surat pertukaran format dari 2 pasukan teratas layak ke separuh akhir kepada 4 pasukan teratas layak ke suku akhir hanya selepas kami menghabiskan semua 9 perlawan dalam kumpulan,” jelas Muhammad.

Menurutnya juga, beberapa pasukan tidak berpuas hati dengan perubahan ini dan tidak bersetuju namun sudah tidak tahu apa lagi yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan keadaan ini.

“Beberapa pasukan juga tidak bersetuju dengan perubuhan ini terutama pasukan yang telah layak secara merit ke semi final yang mana merujuk kepada format asal pertandingan.”

Advertisements

“Saya sangat berharap hal ini dapat diselesaikan segera kerana kita semua tak mahu ada masalah berbangkit kerana persetujuan telahpun dibuat pada awal liga,” jelas Muhammad yang merupakan pengurus salah sebuah pasukan bertanding.

Liga KL 2 (KLFA League 2) dijalankan dengan format liga 2 kumpulan di mana juara dan naib juara bakal layak ke division 1 musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram