Sukan SEA: Thailand Buat Vietnam Kecewa
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Thailand mengesahkan kemaraan ke separuh akhir acara bola sepak Sukan SEA 2023 sebagai juara Kumpulan B. Ini selepas skuad Gajah Perang berhempas-pulas mengikat Vietnam 1-1 di Stadium Visakha, Phnom Penh.

Dengan tempat ke separuh akhir sudah terjamin, Thailand dan Vietnam bersaing bagi menentukan juara Kumpulan B. Pasukan yang bergelar juara mendapat laluan mudah menentang Myanmar di pentas separuh akhir.

Justeru, tidak hairanlah sebaik sepak mula, kedua-dua pasukan berusaha mencari gol awal. Tetapi anak-anak buah Issara Sritaro terlebih dahulu membuka jaringan menerusi penyerang FC Augsburg II, Achitpol Keereerom pada minit ketiga.

Advertisements

Tersentak, Vietnam cuba bangkit mengejar untuk baki separuh masa pertama. Tetapi usaha mereka tidak berhasil ditambah dengan ketegasan pengadil dari Kuwait, Ammar Ashkanani yang tidak melayan ‘drama’ skuad Naga Emas.

Ini dibuktikan dengan kedua-dua pasukan masing-masing hanya dilayangkan satu kad kuning pada separuh masa pertama.

Advertisements

Dengan kedudukan 1-0 semasa rehat, anak-anak buah Philippe Troussier bangkit pada separuh masa kedua. Hasilnya, Le Quoc Nhat Nam menyamakan kedudukan buat Naga Emas pada minit ke-54.

Vietnam sedar keputusan seri tidak cukup untuk melayakkan mereka sebagai juara Kumpulan B. Lantas, mereka menggandakan serangan ke atas gawang Gajah Perang. Malangnya, setiap percubaan mereka sama ada tersasar atau dinafikan penjaga gol Thirawoot Sraunson.

Advertisements

Di sebalik kesungguhan mereka itu, keputusan 1-1 kekal sehingga tamat perlawanan. Biarpun seri, Thailand masih bergelar juara Kumpulan B kerana mempunyai kelebihan jaringan mengatasi Vietnam.

Ini sekaligus membantu mereka berdepan Myanmar yang dibimbing Michael Feichtenbeiner di pentas separuh akhir pada 13 Mei. Manakala Naga Emas pula berdepan cabaran Indonesia pada hari yang sama dengan semua perlawanan diadakan di Stadium Olympic, Phnom Penh.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram