Sukan Sea: Thailand Mara Ke Final, Tewaskan Indonesia
Asia Tenggara
Changsuek
Advertisements

Thailand berjaya menewaskan Indonesia 1-0 sekaligus mara ke perlawanan akhir Sukan Sea Vietnam 2021 di Stadium Thien Truong, Vietnam.

Jaringan tunggal perlawanan oleh Weerathep Pomphan sudah cukup menghampakan anak buah Shin Tae-yong yang bekerja keras untuk memperoleh emas pertama dalam temasya Sukan Sea.

Separuh masa pertama berlangsung seimbang dengan Indonesia mensia-siakan beberapa peluang keemasan untuk mendahului perlawanan.

Advertisements

Bersambung babak ke-2, Indonesia memperkemaskan permainan dan Thailand lebih banyak bertahan sepanjang perlawanan.

Perlawanan tamat selepas 90 minit perlawanan dengan kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan sekaligus mengganjak perlawanan ke masa tambahan.

Bersambung ke masa tambahan, Thailand memperkemaskan permainan dan mengambil kesempatan atas keletihan pemain Indonesia yang mula menunjukkan reaksi tidak bermaya.

Advertisements

Usaha keras Thailand mencari jaringan akhirnya tercapai menerusi satu gerakan cantik Ben Davis disudahi Weerathep Pomphan pada minit ke-95 sekaligus memberikan kelebihan buat anak buah Alexandré Pölking.

Perlawanan berkesudahan dengan Thailand berjaya menewaskan Indonesia 1-0 di Stadium Thien Truong, Vietnam.

Thailand bakal bertemu samada Malaysia ataupun Vietnam yang dijadualkan berlangsung pada jam 8 malam ini (waktu Malaysia) di Stadium Viet Tri, Vietnam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram