Superliga: Midtjylland Kukuhkan Penguasaan Liga Benam AGF 4-0
Eropah
Advertisements

FC Midtjylland mengukuhkan penguasaan Superliga Denmark selepas membenam pasukan dari wilayah Jutland, Aarhus Gymnastikforening (AGF) 4-0 menerusi jaringan hatrik Junior Brumado dan 1 gol Paulinho.

Pasukan yang diwakili pemain berdarah Malaysia, Dion Cools ini bermula baik dengan jaringan awal Brumado pada minit ke-4 sebelum menggandakan jaringan menerusi sepakan penalti pada minit ke-19.

Paulinho menambah derita pasukan pelawat menerusi jaringan cantiknya pada minit ke-27 sebelum Brumado melengkapkan hatriknya pada selang 4 minit kemudian.

Advertisements

Pada babak ke-2 perlawanan, Dion Johan-Cools dimasukkan pada minit ke-80 menggantikan Carlos Ferreira dan beliau beraksi dengan baik tanpa menunjukkan sebarang tanda mengalami kecederaan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Penyenaraian Dion Cools pada senarai akhir pasukan turut menimbulkan tanda tanya di kalangan peminat bola sepak di Malaysia seperti yang dilaporkan oleh Vocket FC.

FC Midtjylland kini mendahului carta Superliga Denmark dengan 27 mata berbanding pencabar terdekat, FC Copenhagen ditangga ke-2 dengan 23 mata.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram