Syafiq Ahmad Bantu Tatarian All Stars Julang Piala Super
Komuniti
Akademi Sang Kenari
Advertisements

Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Syafiq Ahmad baru-baru ini telah membantu Tatarian All Stars menjulang Piala Super di SMK Tunku Anum Tunku Abdul Rahman (TATAR).

Perlawanan Piala Super yang diadakan petang semalam menyasikan Tatarian All Stars yang diketuai Syafiq Ahmad dan turut disertai Ariff Farhan berjaya menewaskan SMK TATAR U17 dengan keputusan 2-1.

“Perlawanan Super Cup yang berlangsung petang semalam menerima sambutan hangat dengan penyokong hadir memenuhi ruang Stadium Mini SMK TATAR, Kepala Batas bagi menyaksikan aksi bekas pemain SMK TATAR iaitu generasi pasukan 2010 yang pernah menjuarai Zon Asean Piala MUPC dan beraksi di Worlds Final, Old Trafford.

Advertisements

“Pasukan KDA FC E (TATAR U17) diuji dalam perlawanan menarik disajikan kedua-dua pasukan, berbalas serangan dan menghiburkan penyokong walaupun pemain ALL STARS TATARIAN dibarisi pemain berpengalaman yang beraksi dengan pasukan Liga Super dan pasukan liga simpanan.

“Keputusan berakhir dengan kemenangan 2-1 kepada pasukan ALL STARS, golcdijaringkan oleh 2 tandukan Faiz Hanif Adnan manakala pasukan TATAR U-17 dengan gol rembatan padu dari luar kotak penalti oleh Aqil Haziq Bin Azmi,” lapor Akademi Sang Kenari.

Perlawanan Piala Super itu diadakan bertujuan merapatkan ukhwah bekas pelajar SMK TATAR dan pihak pengurusan serta guru-guru Sekolah Sukan Negeri Kedah seterusnya memberi inspirasi kepada pelajar dan pemain muda SMK TATAR untuk berjaya dalam kerjaya bola sepak.

Advertisements

Kelibat Syafiq Ahmad dan Ariff Farhan menjadi tumpuan para peminat yang hadir. Para peminat tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan bergambar bersama bintang kelahiran SMK TATAR itu.

Syafiq dan Ariff merupakan anggota skuad Sekolah Sukan Negeri (SSN) Kedah yang memenangi Piala Premier Manchester United 2010 dan seterusnya mara ke saingan World Finals di Old Trafford.

Untuk rekod, SMK TATAR telah berjaya melahirkan ramai pemain bola sepak profesional yang kini sedang beraksi untuk Liga Super dan skuad kebangsaan seperti Akhyar Rashid, Fadzrul Danel dan Aiman Afif yang kini beraksi untuk skuad kebangsaan bawah 23.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram