Dunia
Instagram: @officialjohor
Advertisements

Penyerang sensasi kebangsaan, Muhammad Syafiq bin Ahmad hari ini dikhabarkan telah sampai ke Kedah Darul Aman. Telah tular satu gambar swafoto Syafiq Ahmad bersama dengan pertahanan kiri KDA FC, Ariff Farhan Isa.

Gambar itu telah dikongsikan Ariff sendiri di Facebook Story miliknya hari ini. Gambar swafoto beliau bersama Syafiq di kedai makan dirakamkan dengan caption emoji “Hijau Kuning”. Mereka berdua baru sahaja pulang ke tanah air selepas mengharungi kempen Piala AFF.

Sebelum ini banyak cakap-cakap yang menyatakan bahawa Syafiq telah menerima pelawaan KDA FC untuk menjadi pemain pinjaman bagi saingan musim hadapan. Berita ini turut dikukuhkan sendiri oleh CEO KDA FC yang menjelaskan bahawa Syafiq menyatakan minat bermain bersama KDA FC.

Advertisements

Johor Darul Ta’zim juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung pemain berusia 26 tahun ini yang bakal dipinjamkan. Walau bagaimanapun kita masih menuggu kenyataan rasmi daripada kedua-dua pihak.

A9644FC2 C5FE 45C4 89D6 315BB1F3F5AC Syafiq Ahmad Dah Sampai Kedah Darul Aman?
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram