Syafiq Ahmad Tunjuk Minat Kembali Beraksi Bersama Kedah
Dunia
NSTP
Advertisements

Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Khamal Idris Ali menjelaskan bahawa pasukan KDA FC telah mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk proses peminjaman penyerang skuad selatan itu, Syafiq Ahmad.

Syafiq Ahmad juga ketika dihubungi telah menyatakan minat dan keinginan beliau untuk kembali berkasi bersama Kedah. Pemain yang berusia 26 tahun ini pernah beraksi bersama Kedah pada 2015-2017 sebelum berpindah ke JDT pada 2018.

“Kami sudah mengadakan perbincangan bersama JDT, malah saya sendiri telah bercakap dengan Syafiq dan dia sendiri menyatakan keinginan untuk beraksi bersama KDA FC.”

Advertisements

“Setakat ini segalanya nampak positif dan jika segalanya lancar, insya-Allah Syafiq akan beraksi bersama KDA FC musim depan,” katanya kepada Harian Metro selepas selesai Kongres Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) ke-46 di Wisma Darul Aman.

Sebelum ini telah tular satu ciapan pemilik JDT, Tunku Ismail Idris di Twitter yang turut memberi respon terhadap status semasa Syafiq. Menurut TMJ, Syafiq pastinya memilih pasukan yang akan bermain di peringkat Asia.  

Skuad Hijau Kuning sentiasa terbuka dan berbesar hati menerima kehadiran Syafiq. Bagaimanapun, Khamal berpendapat bahawa Syafiq masih perlu bersaing untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama pasukan kendalian Aidil Shahrin kelak.

Advertisements

“Itu perkara biasa dan dia tetap perlu bersaing juga untuk mendapatkan tempat. Bukan terus masuk kesebelasan utama kerana persaingan untuk menjadi pemain utama memang se­ngit.”

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram