Syafiq Ahmad Dikaitkan Ke KL City Dan Kedah Darul Aman
Dunia
Official Johor
Advertisements

Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Idris kelmarin telah mengeluarkan satu kenyataan di Twitter miliknya. Tunku Ismail dilihat tampil memberi bayangan kepada peminat bola sepak tempatan berkaitan destinasi seterusnya buat Syafiq Ahmad.

Syafiq Ahmad sebelum ini dilaporkan bakal dipinjamkan ke kelab lain bagi memperoleh minit permainan yang secukupnya. Untuk rekod, Syafiq banyak mengisi bangku simpanan ketika bersama Johor Darul Ta’zim pada musim ini.

Tunku Ismail menjelaskan bahawa Syafiq pastinya berminat dengan pasukan-pasukan yang bakal beraksi di peringkat Asia. Menurut TMJ, Syafiq akan memilih pasukan yang bermain di Piala AFC.

Advertisements

“Kalau loan pun mesti dia nak main club yang main AFC competition macam Kedah atau Kuala Lumpur.”

Walau bagaimanapun, belum ada perkhabaran rasmi tentang status terkini Syafiq Ahmad. Pasukan Kedah dan KL City menempah slot ke Piala AFC 2022 selepas Kedah menjadi nabi juara Liga Super manakala KL City pula dinobatkan sebagai juara Piala Malaysia.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram