Syafiq Ahmad Tampil Luar Biasa Benam Cabaran Brunei
Dunia
FA Malaysia
Advertisements


Penyerang pasukan negara, Syafiq Ahmad terus menjadi sandaran pasukan tatkala Harimau Malaya mencatatkan kemenangan selesa ke atas pasukan Brunei dengan keputusan 3-0.

Jurulatih pasukan kebangsaan, Kim Pan-gon memberi kepercayaan kepada penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) itu untuk memimpin jentera serangan selain bergandingan dengan Faisal Halim dan juga Mohamadou Sumareh.

Pemain berusia 26 tahun itu terus memburu jaringan awal apabila beliau tidak membuang masa untuk melakukan percubaan.

Advertisements

Syafiq hampir menjaringkan gol awal menerusi satu tandukan hasil daripada sepakan penjuru namun sedikit terbias ke atas gawang Brunei.

Namun begitu, usaha keras dan tidak berputus asa daripada bekas penyerang pinjaman Kedah Darul Aman FC ini terus membuktikan ketajaman penyudahnya membawa kepada gol pembukaan negara.

Beliau bijak untuk meletakkan dirinya pada posisi terbaik untuk menjaringkan gol apabila hantaran dari sepakan sudut berjaya ditanduk kencang untuk gol pembukaan Malaysia.

Advertisements

Anak jati kelahiran Pulau Pinang ini juga terus memburu gol kedua peribadi pada perlawanan ini namun beliau dikawal rapi oleh barisan pertahanan Brunei yang tidak memberi ruang kepadanya.

Cubaan Syafiq untuk melakukan sepakan separa gunting hampir membuahkan hasil namun kecekapan penjaga gol Brunei menafikan peluang tersebut.

Beliau kelihatan sangat bertenaga untuk terus menekan barisan pertahanan lawan yang dilihat terpaksa melepaskan bola jauh ke pemain Malaysia. 

Advertisements

Malaysia menang mudah 4-0 sekaligus meningkatkan moral para pemain untuk berhadapan dengan Hong Kong nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram