Syahir Iqbal Lihat Kemajuan Positif Malaysia Selepas Tundukkan Vietnam
UltraSukan
FA Malaysia
Advertisements

Pemain futsal Malaysia, Syahir Iqbal Khan memilih untuk bersikap positif selepas dua aksi pemanas badan bertemu negara serantau, Vietnam minggu lalu.

Skuad futsal kebangsaan menjalani dua aksi persahabatan di Ho Chi Minh City minggu lalu yang menyaksikan Malaysia tumbang dengan keputusan 0-3 kepada Vietnam di perlawanan pertama pada Sabtu.

Malaysia kembali mempamerkan belang sebenar apabila menundukkan Vietnam 3-1 pula dua hari kemudian hasil jaringan dua pemain JDT, Danial Dain dan Awalluddin Mat Nawi dan tonggak berpengalaman, Khairul Effendy Bahrin

Advertisements

Menurut pemain negara, Syahir Iqbal, pasukan negara seakan masih tercari-cari rentak sebenar mereka sekaligus menyebabkan lawan mudah untuk membolosi gawang pasukan pada aksi pertama lalu.

“Perlawanan pertama menentang Vietnam, pemain Malaysia masih mencari rentak untuk menyerang lawan (vietnam),” kata Syahir kepada UltraSukan.

“Saya juga merasakan bahawa kami tidak berupaya untuk sesuaikan diri dengan segera terutamanya ketika bertahan. Keadaan ini menyebabkan Vietnam berupaya untuk menjaringkan gol yang mudah.”

Advertisements

Namun begitu, pemain berusia 19 tahun itu gembira skuad negara berjaya tampil lebih meyakinkan pada aksi kedua Isnin lalu untuk membalas dendam dengan kemenangan bergaya ke atas pasukan tuan rumah.

Konsistensi yang dipamerkan oleh setiap pemain ditambah perancangan rapi ketua jurulatih, Rakhpol Sainetngam menghasilkan satu keputusan yang cukup bermakna buat Malaysia sebelum mengakhiri aksi di Ho Chi Minh City.

“Kami berjaya mengambil segala pengajaran daripada perlawanan pertama. Memasuki aksi kedua, kami berjaya menemui rentak dan cara permainan sebenar,” tambah pemain muda Selangor FC tersebut.

Advertisements

“Kami mengikuti segala perancangan jurulatih untuk diterapkan pada aksi kedua dan berjaya mengekalkan konsistensi sepanjang 40 minit permainan yang akhirnya memastikan kemenangan milik Malaysia.”

Kini, para pemain skuad kebangsaan bakal kembali ke pasukan masing-masing bagi menyambung perjuangan mereka dalam saingan MPFL sebelum kembali ke kem kebangsaan bagi persiapan akhir ke Kejohanan Futsal Asean.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram