Syamer Kutty Gembira JDT Sediakan Rawatan Kecederaan Terbaik Untuk Pemain
Dunia
IG: Syamer14
Advertisements

Pemain tengah kebangsaan, Syamer Kutty Abba meluahkan kegembiraannya apabila JDT telah menyediakan rawatan yang terbaik untuk kecederaan lutut yang dialaminya. 

Pemain berusia 24 tahun ini baru sahaja selesai rawatan lututnya di Barcelona, Sepanyol dan pembedahan yang dilakukan berjalan dengan lancar. 

Menerusi IG Story daripada Syamer Kutty, beliau menzahirkan penghargaan yang tinggi kepada Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ismail Idris dan juga JDT kerana memudahkan segala urusan rawatannya.

Advertisements

“Alhamdullilah, semua berjalan dengan lancar. Terima kasih atas doa semua dan semoga dipermudahkan urusan semuanya! 

“Terima kasih ke atas TMJ dan Kelab JDT kerana memberi rawatan terbaik untuk kecederaanya. 

“Sudah tiba masanya untuk saya kembali pulih dan kerja keras untuk menjadi pemain yang lebih baik,” kata Syamer. 

Advertisements

Untuk pengetahuan, Syamer bukanlah pemain yang pertama JDT hantar ke Barcelona untuk rawatan profesional.

Namun, sebelum ini pemain seperti Ramadhan Saifullah, Gary Steven Robbat, Naxto Insa, Syafiq Ahmad dan S.Kunanlan turut pernah di hantar ke sana untuk jalani rawatan ekoran kecederaan yang dialami mereka. 

Rawatan yang diberikan kepada pemain JDT adalah kerjasama JDT dengan Dr Boffa, yang juga perunding untuk Manchester City.

Advertisements

Seusai jalani rawatan, para pemain akan diberi pemerhatian lanjut untuk memastikan pemulihan yang sewajarnya.

Pasukan Johor Darul Ta’zim memang dikenali sebuah kelab di Liga M yang sentiasa menjaga kebajikan barisan pemain mereka seperti yang kita dapat lihat sendiri. 

Tindakan kelab JDT ini harus diberi pujian dan dijadikan sebagai contoh kepada kelab-kelab Liga Malaysia yang lain untuk sentiasa menjaga kebajikan pemain tidak kira apa situasi sekalipun.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram