Syamer Kutty Nak Kasi ‘All-Out’
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Pemain tengah Johor Darul Tak’zim (JDT), Mohamed Syamer Kutty Abba menyatakan bahawa beliau dan rakan sepasukan perlu mempamerkan aksi yang lebih cemerlang untuk kejohanan kali ini.

Syamer akui bukan mudah untuk berdepan dengan beberapa pasukan yang lebih baik tetapi mereka menjanjikan akan buat yang terbaik untuk negara.

Sebelum ini, Syamer dipilih oleh ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon walaupun tidak banyak beraksi untuk JDT musim lalu akibat kecederaan dan hanya membuat satu penampilan sebagai pemain gantian dalam saingan Liga Super musim ini.

Advertisements

“Kita juga mesti bertahan dengan lebih baik dan padu bagi kelayakan kali ini, kerana kita akan berdepan dengan beberapa pasukan yang lebih baik. Ia tidak mudah, tetapi insya-Allah kami akan buat yang terbaik,” katanya kepada Bernama.

Dalam pada itu, pemain yang berusia 24 tahun itu kali terakhir beraksi untuk skuad kebangsaan sewaktu pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022 – Piala Asia 2023 tahun lalu.

Sejak itu, dia diketepikan untuk kelab dan Harimau Malaya dan kini telah cergas sepenuhnya, Syamer berharap dapat memberikan impak di bawah kendalian Pan-gon. Untuk rekod, Syamer telah memiliki 22 penampilan antarabangsa sejak 2017.

Advertisements

Kem Harimau Malaya ketika ini sedang dalam persiapan menjelang dua aksi persahabatan bertemu Brunei dan Hong Kong pada 27 Mei dan 1 Jun kelak sebelum beraksi dalam kempen Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil bulan hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram