Syamer Kutty Tak Kenal Apa Itu Penat & Lelah Demi Harimau Malaya
Dunia
Khairul / MakanBola
Advertisements

Kejayaan menumpaskan Bangladesh 4-1 dalam perlawanan terakhir Kumpulan E Kempen Kelayakan Piala Asia 2023 telah menamatkan kemarau lebih 40 tahun Malaysia gagal layak secara merit ke Piala Asia.

Disebalik kemenangan berharga menewaskan Bangladesh, kerja keras pemain tengah negara, Syamer Kutty yang banyak mengawal bahagian tengah untuk membantu kejayaan Harimau Malaya layak diberi pujian.

Syamer ibarat jentera kebal yang sentiasa mematikan gerakkan lawan dengan halangan-halangan kerasnya dan dia juga bijak dalam membaca corak permainan pihak lawan selain menyusun atur tempo permainan.

Advertisements

Walaupun tidak menjaringkan gol atau menyumbang bantuan gol, beliau tetap mengorbankan dirinya dan mengambil risiko biarpun mampu cederakan diri hanya untuk mempertahankan maruah negara tercinta.

Bukan itu sahaja, dengan ketahanan fizikal dan mental dimilikinya, ia mendorongnya untuk sentiasa berlari bagi meletakkan dirinya sentiasa berada di posisi yang membolehkannya cepat untuk membuat keputusan.

Kesungguhan, kerajinan serta semangat yang ditampilkan Syamer Kutty membuktikan beliau layak menjadi antara perancang terbaik di dalam negara sekaligus membawa Malaysia menjadi naib juara kumpulan.

Advertisements

Untuk rekod, kali terakhir Malaysia layak secara merit ke Piala Asia pada 1980 dan skuad Harimau Malaya pernah beraksi di pusingan akhir Piala Asia pada 2007, namun ketika itu mendapat tiket selaku tuan rumah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram