Syarikat Gergasi Bakal Jadi Pemilik Baru Melaka United?
Liga M3
Melaka United Football Club
Advertisements

Ramai orang tahu Melaka United (MU) tidak dibenarkan beraksi dalam Liga Super musim 2023 susulan masalah kewangan. Tetapi dengan sebuah syarikat gergasi bakal menjadi pemilik baru pasukan, ia memberi sinar baru kepada skuad Hang Tuah itu.

Perbincangan masih di peringkat awal antara syarikat berkenaan dengan pengurusan kelab. Tetapi syarikat tersebut komited untuk melancarkan pengambilalihan dan menyelesaikan hutang kelab termasuk tunggakan gaji pemain dan pegawai.

“Syarikat itu sedang buat kerja-kerja melabur dalam industri bola sepak dan pasukan yang dilihat berpotensi adalah Melaka (MU).

Advertisements

“Ketika ini perbincangan sedang berjalan bersama pihak peguam kelab terbabit. Tunggulah dulu sehingga ada keputusan muktamad, tetapi memang syarikat itu serius dan sanggup bayar semua tunggakan gaji bekas pemain,” dedah satu sumber yang enggan dikenali kepada Arena Metro.

Sekiranya proses pengambilalihan berjalan lancar, MU boleh memohon lesen dengan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) agar dibenarkan beraksi di Liga Super musim hadapan.

“Kalau ikutkan peraturan, MU masih boleh bermain dalam Liga Super pada musim depan kerana lesen hanya digantung sahaja. MU kena bayar semua tunggakan dan mohon semula (mohon lesen kebangsaan) kepada MFL.

Advertisements

“Kemudian mungkin MFL akan bawa untuk dibincangkan Ahli Lembaga Pengarah. Saya rasa tak ada masalah lesen itu dikembalikan semula jika MU ikut semua peraturan diperlukan, termasuk membayar tunggakan serta pemilik baharu yang cukup berkaliber dalam industri perniagaan di negara ini,” tambah sumber berkenaan.

Sebelum ini, pemilik MU sebelumnya, Datuk Wira Justin Lim membuka tawaran kepada mana-mana pihak yang berminat menjadi pemilik baru pasukan itu.

Yang pasti, kemunculan bakal pemilik baru MU ini bakal diperhatikan oleh ramai penyokong kelab tersebut. Ini kerana pada 6 April ini, Badan Penyelesaian Pertikaian Nasional (NDRC) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengumumkan keputusan perbicaraan berkenaan isu tunggakan gaji kelab tersebut.

Advertisements

Disebabkan isu tunggakan gaji MU juga, Persatuan Pemain Bolasepak Profesional Malaysia (PFAM) turut bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap kelab itu selepas keputusan perbicaraan diumumkan.

Ramai berharap dengan bakal pemilik baru MU, ia bakal membuka lembaran baru untuk bola sepak negeri Melaka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram