Sejak di bawah pemilikan Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, Kedah terus menunjukkan kemajuan di luar padang. Beberapa hari lepas, skuad Kenari memeterai perjanjian penajaan selama setahun dengan syarikat farmaseutical berasaskan tumbuhan Kanada, Kensana Health.
Perjanjian tersebut diumumkan di laman media sosial Kedah. Kensana Health berasal dari Kanada dengan operasi syarikat digerakkan di Jerman dan Australia.
Secara tidak langsung, ia bukan saja memperkenalkan nama Kensana Health dalam pasaran produk kesihatan di Malaysia.
Malah, ia dapat menambah lebih banyak wang dalam kantung kewangan pasukan menjelang musim Liga Super yang bakal bermula hujung minggu ini.
Perjanjian penajaan Kensana Health bukan saja menunjukkan potensi sisi komersial pengurusan Kenari. Malah, ini membuktikan kelab itu boleh dipercayai sebagai rakan kongsi strategik.
Kedah bakal memulakan kempen Liga Super dengan menentang Perak di Stadium Perak pada Sabtu ini.