Saingan Liga 2 Indonesia musim 2023-2024 bakal lebih meriah dengan kehadiran Pegadaian sebagai penaja rasmi liga itu.
Berita ini sudah dikongsikan oleh beberapa portal berita bola sepak Indonesia termasuk GARAGARABOLA hari ini. Nama syarikat itu diperkenalkan sebagai penaja rasmi Liga 2 dalam satu majlis khas bagi memperkenalkan musim baru liga berkenaan.
Pegadaian merupakan anak syarikat Bank Rakyat Indonesia (BRI) di mana ia menawarkan khidmat pajak gadai dan pinjaman kepada pelanggan baik secara konvensional mahupun yang patuh syariah.
Ini dilihat komitmen berterusan BRI memberi sokongan kepada arena bola sepak Indonesia selepas menjadi penaja Liga 1 Indonesia sejak beberapa musim lepas.
Begitupun, nama baru Liga 2 Indonesia itu sudah mengundang reaksi geli hati dalam kalangan pengguna media sosial negara itu. Yangpasti, saingan divisyen dua Indonesia itu bakal membuka tirai cabaran pada 10 September ini.