“Hang Pijak Kaki Aku Sakit Tau” – Seloroh Syazwan Kepada Faisal Halim
Dunia
Instagram: @officialterengganufc & @kedahdarulamanfc
Advertisements

Baru-baru ini, kancah Liga Super Malaysia kecoh dengan isu yang melibatkan dua pemain tempatan, Faisal Halim dan Syazwan Zainon ketika pertembungan antara Kedah FC menentang Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Sungguhpun perlawanan tersebut hangat apabila Terengganu gagal memanfaatkan peluang beraksi di laman sendiri apabila tewas 1-2 kepada pasukan pelawat.

Insiden kasar mengasari antara kedua pemain ini menjadi tular apabila menjadi buah mulut para penyokong bola sepak tanah air. Berkongsi bicara bersama wartawan Zulhelmi Zainal Azam, pemain kelahiran Mengkuang Titi, Penang ini mendedahkan isu sebenar tentang kejadian tersebut.

Advertisements

Faisal menjelaskan bahawa perbalahan itu hanya berlaku ketika dalam padang apabila masing-masing ingin membantu pasukan untuk mendapatkan tiga mata penuh. Namun begitu, situasi di luar padang kembali seperti biasa apabila beliau berjumpa dan berpelukan dengan Syazwan tanda meleraikan ketegangan yang terjadi sebelum itu.

“Tamat saja perlawanan, saya berjumpa dengan Syazwan. Kami berpelukan dan bersalaman seperti biasa dan tiada sebarang pertelingkahan”, kata Faisal

Faisal turut menerangkan bahawa Syazwan sempat berseloroh dan bergurau dengannya selepas tamat perlawanan.

Advertisements

“Miki, hang pijak sakit tau kaki aku ni”, tambah Faisal.

Pemain lincah Terengganu FC ini juga berkata, hantaran video di Instagramnya tempoh hari adalah untuk menerangkan kepada peminat tentang perkara sebenar dan tidak sama sekali untuk menyalahkan Syazwan. Niat beliau hanyalah untuk menjelaskan agar tiada salah faham timbul jauh sekali untuk menjadi batu api atau mengadu domba.

Setakat 19 perlawanan, Faisal Halim telah membantu Terengganu FC kekal di kedudukan kedua dalam carta Liga Super Malaysia. Beliau juga berjaya meledak sebanyak 4 gol dan memberi 4 bantuan gol sepanjang saingan dalam musim ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram