Sydney FC Rekrut Bekas Pemain Sayap Swansea Luciano Narsingh
Asia
Luciano Narsingh/PSV Eindhoven/Reuters
Advertisements

Kisah bekas pemain Swansea City mendominasi tajuk media kebelakangan ini. Selepas Jordi Amat bakal menjadi pemain naturalisasi Indonesia, rakan sepasukan lamanya dari Belanda Luciano Narsingh pula berkelana ke Australia. Ini selepas bekas pemain PSV Eindhoven itu berpindah secara percuma dari Feyenoord ke Sydney FC.

Narsingh, 31, dijangka bukan saja membawa kelajuan kepada jentera serangan kelab bimbingan Steve Gorica itu. Malah, beliau turut membawa pengalaman menjulang Eredivisie sebanyak dua kali bersama Eindhoven. Narsingh yang membuat 19 penampilan bersama Belanda turut tampil dalam EURO 2012 dan Piala Dunia 2014.

Dengan menyertai Sydney FC, Narsingh merupakan pemain Belanda terbaru yang menyarung jersi kelab berkenaan. Sebelum ini, bekas pemain Newcastle United Siem de Jong, Jordy Buijs dan Jop van der Linden pernah bermain bersama kelab yang diberi jolokan Sky Blues.

Advertisements

Dalam satu kenyataan, Narsingh berkata, “Ia merupakan satu cabaran baru yang besar tetapi menarik untuk saya, dalam persekitaran baru dan di luar zon selesa saya. Ia akan memberi saya tenaga baru dan saya mahu membuktikan saya boleh berjaya dalam persekitaran dan budaya bola sepak yang baru.”

Narsingh dijangka tiba di Australia pada minggu hadapan. Dan bos Sydney, Gorica menjangkakan beliau akan membentuk gandingan serangan berbisa dengan bekas penyerang Reading, Adam Le Fondre dan penyerang New Zealand Kosta Barbarouses.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram