Syihan Hazmi Anggap Pengalaman Berdepan Pasukan Gergasi Untungkan Malaysia
MakanBola
Haziq / MakanBola

Penjaga gol kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi yakin dengan kemampuan kem Harimau Malaya yang bakal berdepan tentangan pasukan Syria dan China kelak.

Pemain berusia 27 tahun ini menganggap banyak kebaikan yang bakal diraih kem kebangsaan menerusi dua siri persahabatan kali ini. Beliau yakin pemain kini begitu teruja untuk menentang lawan yang berada di ranking yang lebih tinggi.

Ad

“Semua pemain teruja, setiap pemain yang terpilih semestinya teruja.”

Ad

Skuad kebangsaan Syria kini berada di ranking ke-89 dunia sementara China berada di ranking ke-78 dunia dalam carta FIFA Ranking.

“Pandangan Syihan, pertamanya alhamdulilah kita dapat bertemu dengan lawan yang berada di ranking yang lebih tinggi. Disitu kita ambil pengalaman, bertemu Syria, bertemu China setiap kekurangan nanti kita akan perbaiki.”

Ad

Penjaga gol Johor Darul Ta’zim ini juga yakin rakan sepasukannya di kem kebangsaan sudah bersedia dan akan memberikan sepenuh komitmen buat Harimau Malaya.

Ad

“Bukan setakat Syihan, setiap pemain sudah bersedia. Macam Syihan kata tadi, setiap pemain perlu beri komitmen,” ujar Syihan ketika ditemu bual.

Ad

Harimau Malaya bakal menghadapi dua aksi persahabatan Tier 1 berdepan Syria pada 6 September dan menentang China pada 9 September. Aksi persahabatan tersebut dijadualkan berlangsung di Chengdu, China.