Syihan Hazmi Berterima Kasih Kepada Megat Amir Faisal
Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Penjaga gol utama Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahmad Syihan Hazmi sempat merakamkan ucapan terima kasihnya kepada Megat Amir Faisal.

Umum mengetahui bahawa Megat merupakan jurulatih kepada penjaga gawang berusia 27 tahun ini ketika beliau beraksi buat Negeri Sembilan.

Jurulatih berusia 44 tahun sebelum ini telah menzahirkan rasa bangga selepas melihat senarai pemain yang dipanggil ke kem skuad Harimau Malaya tercatat nama bekas penjaga gol yang pernah dilatihnya.

Advertisements

Tiga orang penjaga gol yang dimaksudkan itu ialah Ahmad Syihan Hazmi dan Damien Lim yang merupakan penjaga gol Negeri Sembilan musim lalu dan menampilkan aksi berkualiti sebelum memilih untuk menyertai juara sembilan kali Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Selain itu, Kim Pan-gon juga turut memberi peluang kepada penjaga gol muda Negeri Sembilan, Sikh Izhan Nazrel untuk membuat penampilan bersama skuad kebangsaan kali ini yang turut dilatih oleh Megat Amir.

Syihan bagaimanapun sempat merakamkan ucapan penghargaan kepada bekas jurulatihnya itu atas segala jasa yang diberikan.

Advertisements

“Setiap jurulatih itu datang dan mempunyai cara masing-masing.”

“Saya mahu berterima kasih kepada Megat Amir Faisal yang banyak memberi ilmu kepada saya dan membawa saya sampai ke tahap seperti ini,” jelasnya kepada FAM.

Malaysia akan menentang Turkmenistan pada Khamis, 23 Mac pada jam 10.00 malam sebelum menentang Hong Kong bagi aksi kedua pada Selasa, 28 Mac di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram