Advertisements
Syihan Hazmi Merendah Diri, Anggap Aksi Cemerlang Hasil Bantuan Rakan Sepasukan
Harimau Malaya
MakanBola
Azri / MakanBola

Penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi menganggap kecemerlangan yang ditampilkan ketika Malaysia menentang Turkmenistan malam semalam hasil daripada bantuan rakan sepasukan.

Pemain berusia 27 tahun itu menjelaskan kemenangan yang diraih Harimau Malaya adalah hasil kerjasama satu pasukan. Semua pemain memberikan yang terbaik dan ikut perancangan serta percaturan daripada ketua jurulatih.

“Alhamdulilah rezeki untuk malam ini. Kita dapat meraih kemenanangan namun bukan Syihan sahaja, semua pemain beri seratus peratus komitmen dalam padang.”

“Apa yang kurang akan diperbaiki kerana semua pemain sudah tunjuk kemampuan masing-masing.”

Syihan dalam pada itu mahu meletakkan fokus utama untuk aksi seterusnya iaitu menentang Hong Kong. Menurut beliau kem kebangsaan kali ini cukup lengkap kerana pemain-pemain yang dipanggil kali ini semuanya hebat-hebat.

“Aksi menentang Hong Kong, kita akan buat yang lebih baik lagi. Untuk Syihan, alhamdulilah setakat ni skuad kita pada tahap terbaik dan kita akan fokus untuk perlawanan seterusnya,” ujar Syihan Hazmi ketika ditemu bual.

Malaysia bakal berdepan Hong Kong untuk aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 Selasa depan. Perlawanan tersebut akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada jam 10 Malam.