Pendidikan
POOL / VIA AFP-JIJI
Advertisements

Saya percaya, anda yang sudahpun ‘terserempak’ dengan Tactical Periodisation ini menemui istilah-istilah yang sangat kompleks, yang ada pula antaranya tidak dapat kita terjemahkan ke dalam Bahasa Melayu menggunakan satu kata yang sepadan dengan kata Bahasa Inggeris tersebut. Justeru, di sini saya cuba memudahkan pemahaman anda tentang konsep kompleks ini menggunakan bahasa serta analogi mudah berdasarkan pembacaan dan juga kajian saya daripada pelbagai sumber. Saya sertakan sumber-sumber tersebut di bawah.

Apa Itu Tactical Periodisation?

Buat yang masih belum pernah ‘bertemu’ atau ‘terserempak’ dengan terma ini di mana-mana, Tactical Periodisation adalah salah satu metodologi latihan bola sepak yang dibangunkan oleh Vitor Frade, seorang Profesor Sains Sukan di Universiti Porto, Portugal. Jose Mourinho telah dipersetujui ramai sebagai jurulatih terawal yang mengaplikasikan metodologi ini ketika beliau membimbing pasukan Porto pada tahun 2002-2004 yang membawa kepada 2 kejuaraan Liga Portugal, satu kejuaraan Europa League dan satu kejayaan Champions League. Metodologi ini kemudian turut digunapakai beberapa jurulatih lain seperti Andre Villas-Boas, Nuno Espirito Santo, Marco Silva, Brendan Rogers, Leonardo Jardim (sekadar beberapa nama).

Advertisements

Mengapa Tactical Periodisation Dibangunkan?

Metodologi ini terbentuk atas dasar kepercayaan Frade bahawa di dalam padang bola sepak, segala PERKARA YANG TIDAK DIJANGKA SEBENARNYA BOLEH KITA JANGKA. Justeru itu, LATIHAN TAKTIKAL SECARA BERKALA dijalankan untuk mempersiapkan pemain andai perkara tersebut berlaku di dalam padang. Sering kita dengar ungkapan seperti ini:

“Ala… waktu training lain, dalam padang tak sama dengan training…” atau “Masa training boleh buat, dalam padang tak buat boleh pula…” atau “Takkan sama waktu training dengan waktu dalam padang.. dalam padang ada rasa pressure, ada rasa nervous, lain dengan waktu training…”

Advertisements

Tactical Periodisation atau LATIHAN TAKTIKAL SECARA BERKALA bertujuan melenyapkan ungkapan-ungkapan di atas dengan menyediakan jenis latihan yang menyerupai atau paling hampir dengan situasi-situasi yang bakal berlaku di dalam padang, dalam balutan TAKTIKAL sebagai dimensi yang paling besar. TAKTIKAL akan membaluti TEKNIKAL, FIZIKAL dan juga PSIKOLOGIKAL. Lihat gambarajah di bawah.

tactical periodisation Membedah Tactical Periodisation - Bahagian 1

Bererti, ketiga-tiga dimensi bola sepak iaitu TEKNIKAL, FIZIKAL dan juga PSIKOLOGIKAL dilatih secara bersamaan ketika latihan dimensi TAKTIKAL SECARA BERKALA. Suatu ketika dahulu (atau mungkin masih ada lagi sekarang), dimensi-dimensi bola sepak ini dilatih secara berasingan, tetapi metodologi yang dibangun Profesor Vitor Frade iaitu Tactical Periodisation merangkumkan latihan FIZIKAL, TEKNIKAL dan PSIKOLOGIKAL dalam balutan TAKTIKAL.

Latihan PSIKOLOGIKAL melibatkan keluhan “rasa pressure atau nervous di dalam padang” tadi, atau mungkin untuk membina winning mentality di kalangan pemain diterapkan ketika latihan TAKTIKAL dijalankan di dalam padang. Bagaimana? Mengikut kreativiti jurulatih.

Advertisements

Latihan FIZIKAL yang melibatkan otot tertentu juga dijalankan pada masa bersamaan atau dalam ketika yang sama para pemain menjalani latihan TAKTIKAL. (diterangkan lebih lanjut di bawah). Ia bukan dijalankan pada hari berasingan dalam slot untuk latihan FIZIKAL sahaja.

Begitu juga dengan aspek TEKNIKAL. Segala TEKNIK pemain diperbetulkan jurulatih atau pembantu jurulatih pada waktu yang bersamaan atau dalam ketika menjalani latihan aspek TAKTIKAL. Perkara ini agak mudah sebenarnya kerena pemain seringkali mengambil inisiatif sendiri untuk memperbetulkan aspek TEKNIKAL mereka demi menjadi lebih bagus.

Pokoknya, dimensi TEKNIKAL, FIZIKAL serta PSIKOLOGIKAL dirangkumkan menjadi satu bentuk latihan yang tidak dipisahkan daripada latihan TAKTIKAL SECARA BERKALA.

Advertisements

Tamat Bahagian 1 – Bahagian 2 klik sini. Pastikan anda mengikuti MakanBola di Telegram untuk menerima notifikasi pantas untuk segala artikel yang dikeluarkan di MakanBola.com

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram