Lagu Negaraku Tidak Dihormati, Pemain Dibaling Batu & Tahi Dibalas Bunga #PenuhkanSNBJ
Asia Tenggara
Advertisements

Sejak 2010, krisis Malaysia & Indonesia tidak pernah lenyap terutamanya apabila ianya melibatkan bola sepak.

Baca: Tiket Perlawanan Malaysia – Jordan Sudah Mula Dijual Secara Dalam Talian

Sejak 2010 jugalah lagu Negaraku (Malaysia) tidak pernah dihormati di Gelura Bung Karno. Boleh jadi mereka (penyokong Indonesia) berasa bangga melakukan hal tersebut dan lupa dunia memerhatikan gelagat buruk tersebut.

Advertisements

Piala AFF 2010

Ianya bermula pada perlawanan peringkat kumpulan AFF 2010 lagi apabila media Indonesia pada waktu itu memainkan sentimen kebencian terhadap Malaysia. Hasilnya lagu negaruku tidak dihormati.

Namun selepas perlawanan, tiada insiden melampau berlaku mungkin kerana pasukan mereka menang besar 5-1. Sedikit sebanyak meredakan hati penyokong Indonesia yang benar-benar benci dan marah tidak bersebab.

Malaysia dan Indonesia mara ke perlawanan akhir selepas kedua-dua pasukan mempamerkan aksi mantap menewaskan pasukan gergasi lain seperti Thailand, Vietnam dan Myanmar.

Advertisements

Aksi seterusnya berlangsung di Bukit Jalil dan perlawanan berlangsung dengan aman melainkan satu chant “Indonesia Anjing” yang dilalungkan Ultras Malaya.

Malaysia menang 3-0 pada waktu ini, bekalan selesa sebelum leg ke-2 di Jakarta.

Di Jakarta, pemain Malaysia perlu menaiki Baracudda, sebuah kenderaan berperisai setelah penyokong Indonesia memberikan ancaman buat penyokong dan pemain Malaysia.

Advertisements

Sukan Sea 2011 di Indonesia

https://www.youtube.com/watch?v=OAUvKuk_k7k

Perkara yang sama berulang lagi, lagu Negaraku tidak dihormati dan para pemain sekali lagi perlu menaiki Baracudda. Malaysia menang menerusi sepakan penalti 4-3.

AFF Bawah 18 Tahun di Indonesia (2018)

Perkara yang sama berulang namun kali ini lebih teruk. Selain lagu Negaraku yang tidak dihormati, pemain dan pegawai mengalami kesukaran masuk ke bilik persalinan apabila penyokong Indonesia membaling batu dan botol kepada pemain.

Malaysia mara ke perlawanan akhir apabila berjaya menewaskan Indonesia menerusi sepakan penalti.

Advertisements

Malaysia bakal ke Gelura Bung Karno sekali lagi pada 5 September ini dan kejadian yang sama mungkin berulang. Tidak berbaloi untuk rakyat Malaysia hadir ke sana dengan ancaman dari puluhan ribu penyokong Indonesia.

Walaubagaimanapun, 30 Ogos ini Malaysia bakal berhadapan Jordan di Stadium Nasional Bukit Jalil dan ini peluang terawal untuk penyokong Malaysia membuktikan sokongan kepada pasukan Harimau Malaya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram