Asia
Advertisements

Pemain sensasi Vietnam, Nguyen Quang Hai dilaporkan hampir pasti mengesahkan akan menyertai kelab Pau FC yang beraksi dalam saingan Ligue 2 di Perancis.

Menurut laporan yang dipetik dari ZingNews, Nguyen Quang Hai akan diumumkan secara rasmi sebagai pemain Pau FC selepas lulus ujian perubatan yang dilakukan semalam dan akan muncul sebagai pemain Vietnam pertama beraksi dalam saingan bola sepak Perancis.

Melalui kemaskini status laman sosial Nguyen Quang Hai sendiri, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam karier bola sepaknya sehingga mampu berada ditahap sekarang.

Advertisements
vnp hanoifcvsthanhhoax "Tak Kisah Kerja Keras Dan Bermula Semula", Nguyen Quang Hai Hampir Pasti Sertai Pau FC Dalam Ligue 2

“Saya menerima cabaran baharu ini dan pastinya tidak kejayaan tanpa usaha yang tidak mengenal lelah. Untuk keluar dan beraksi di negara orang bukan satu keputusan yang mudah. “

“Secara peribadi, saya dikenali di Vietnam tetapi apabila saya ke eropah, saya bermula dari kosong. “

“Saya tidak kisah untuk bekerja keras dan saya percaya serta yakin dengan diri sendiri.”

Advertisements

Perkongsian dilaman sosial peribadi Nguyen Quang Hai itu telah menerima lebih 5,000 komen dan mencecah 153,000 like dari peminat bola sepak Vietnam khususnya. Jelas nama Quang Hai amat besar bagi bola sepak Vietnam.

Selamat maju jaya Nguyen Quang Hai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram