Tak Ramai Sedar Bilik Persalinan Selangor FC Kini Bertaraf Dunia
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Gergasi merah kuning baru-baru ini ada memuat naik satu hantaran di laman rasmi media sosial Selangor FC yang memaparkan serba-serbi ruang bilik persalinan pasukan. Biarpun iainya hanya bersaiz kecil, namun bilik persalinan Selangor FC dilihat sangat gah dan bertaraf dunia.

Memetik artikel daripada Selangor FC, pihak pengurusan SFC telah memutuskan untuk memulakan kerja menaik taraf bilik tersebut sebelum musim 2021 bermula. Ia juga dikatakan amat mementingkan rekaan dalaman yang dihiasi dengan elemen-elemen kegemilangan Selangor suatu ketika dahulu.

Berkonsepkan minimalis, bilik persalinan ini turut disulami dengan imej lagenda-lagenda Merah Kuning seperti Azman Adnan, Rufino Segovia dan Bambang Pamungkas. Tidak ketinggalan, di satu bahagian turut terpahat nama dan gambar lagenda sepanjang zaman, Allahyarham Mokhtar Dahari.

Advertisements

“Kami tidak takut kepada siapa pun, hanya diri kita sendiri.”

Itulah antara nasihat dan kata-kata Allahyarham yang tercatat di dinding bilik persalinan yang bertemakan warna merah kuning.

Dalam pada itu, Selangor FC turut memaklumkan bahawa kerja menaik taraf dan pengubahsuaian padang akan terus diperkasakan dengan kerjasama pihak MBPJ dan Petaling Jaya City FC. Pasukan gergasi merah kuning akan terus menggunakan Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Stadium MBPJ) sebagai venue tuan rumah bagi saingan Liga Malaysia 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram