Cristiano Ronaldo dilihat buat kali pertama sejak kematian tragis yang menimpa anak lelakinya yang baru lahir baru-baru ini.
Penyerang Manchester United itu diberikan cuti penuh kerana belas kasihan oleh kelabnya. Cuti tersebut bergantung seberapa lama yang beliau perlukan. Namun sebaliknya berlaku apabila beliau memilih untuk pergi ke tempat latihan Manchester United di Carrington pada hari Rabu dan mengambil bahagian dalam sesi penuh bersama rakan sepasukannya yang lain.
Kehadiran Ronaldo di tempat latihan sangat mengejutkan ramai pihak kerana tidak sampai 48 jam berita kematian anaknya diumumkan beliau sudah turun berlatih. Ini menunjukkan dedikasi beliau sebagai seorang pemain bola sepak bertaraf dunia.
Dia dilihat berada di bahagian belakang tempat duduk penumpang. Kehadiran beliau disaksikan para penyokong yang juga berada di sekitar kawasan latihan tersebut. Ronaldo dilihat tenang sambil memakai earphone.
Ronaldo tidak bermain ketika pasukannya menanggung kekalahan 4-0 kepada Liverpool pada malam Selasa. Walaubagaimanapun, beliau dan pasangan, Georgina Rodriguez mendapat sokongan besar-besaran selepas seluruh penyokong di Stadium Anfield bersorak pada minit ke-7 perlawanan demi menghormati kejadian yang menimpa bintang Portugal itu.