Tak Tunggu Lama, Kemunculan Semula Hazwan Bakri Beri Impak Segera
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Penyerang Johor Darul Ta’zim, Ahmad Hazwan Bakri kembali menemui rentak apabila beliau berjaya mencatat nama sebagai penjaring dalam akai suku akhir Piala FA antara JDT dan Melaka United. 

Hazwan yang diturunkan dalam kesebelasan utama pasukan terus membuktikan kemampuan sebenar menjaringkan satu gol membantu JDT melayakkan diri ke pentas separuh akhir.

Pemain yang berusia 31 tahun ini berjaya menanduk masuk cantik bola ke gawang lawan pada minit keempat permainan.

Advertisements

Anak jati kelahiran Labuan ini menganggap gol tersebut bakal menjadi tonik tambahan buat dirinya untuk terus meledak. Beliau bersyukur dapat membantu pasukan ke pusingan seterusnya. 

“Alhamdulilah syukur kita layak ke pusingan seterusnya. Saya gembira kerana saya memang nak jaringkan gol.”

“Bila dapat gol tadi saya berpuas hati. Ia beri keyakinan tambahan buat saya,” ujar Hazwan selepas tamat perlawanan. 

Advertisements

JDT akan bertemu pasukan Penang FC pada aksi separuh akhir Piala FA Malaysia 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram