Takayuki Nishigaya: Saya Tak Menyesal
Dunia
Fasingapore
Advertisements

Ketua jurulatih Singapura, Takayuki Nishigaya mengakui bahawa beliau tidak menyesal tewas kepada Malaysia.

Jurulatih kelahiran Jepun itu menyifatkan kekalahan pada Malaysia adalah berdasarkan taktikal. Beliau tetap puji persembahan yang ditampilkan oleh semua pemain. 

“Sejujurnya kami sangat kecewa, tapi dalam masa yang sama semua pemain telah memberikan yang terbaik kerana beraksi di sini.

Advertisements

“Kami cuba untuk menguasai permainan dan menukar rentak permainan pada separuh masa kedua namun sudah terlambat. 

“Saya tidak menyesal dengan apa yang berlaku, kita cuba untuk menyerang tetapi kita tidak berhasil memecah tembok pertahanan Malaysia,” katanya dalam sidang media selepas tamat perlawanan. 

Singapura akhiri saingan Piala AFF di tangga ketiga kumpulan B sekaligus gagal untuk layak ke peringkat seterusnya. 

Advertisements

Vietnam selaku juara kumpulan A akan bertemu dengan naib juara iaitu Indonesia sementara Malaysia  bakal bertemu Thailand  dalam pusingan separuh akhir Piala AFF Mitshibushi Electric 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram