Tan Cheng Hoe Harap Kekalahan Besar Dapat Sedarkan Pemain Selangor
Liga Super
@ASTROARENA
Advertisements

Penyokong Selangor hampa selepas melihat pasukan mereka tewas 4-0 kepada pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT). Bagi pengendali Merah Kuning, Tan Cheng Hoe, beliau berharap kekalahan tersebut dapat menjadi pencetus kebangkitan anak-anak buahnya untuk tampil lebih baik selepas ini.

Selepas berjaya mengikat Harimau Selatan 0-0 di Stadium MBPJ sehingga rehat, pelawat tampil lebih garang pada separuh masa kedua. Gol Juan Muniz (minit ke-55), Diogo Luis Santo (minit ke-66), Fernando Forestieri (minit ke-77 dan 82) memastikan Selangor pulang dengan tangan kosong.

“Ya, secara keseluruhannya, saya tak menjangka kita akan dibolosi empat gol. Babak pertama kita bermain dengan baik dan sudah tentu kualiti yang ditampilkan pemain JDT amat berbeza. Itulah satu pengajaran yang terbaik dan kita akan bekerja lebih keras untuk perlawanan akan datang nanti,” kata Cheng Hoe dalam temubual pasca-perlawanan bersama Astro Arena.

Advertisements

Satu perkara yang bakal menjadi fokus Cheng Hoe ialah menjaringkan gol. Walaupun diperkuatkan dengan Ayron Del Valle, Rauf Salifu dan Faisal Halim, Selangor kelihatan buntu tanpa sentuhan penyudah.

Hal ini perlu diatasi segera sebelum perlawanan setempat Lembah Klang membabitkan Gergasi Merah dan KL City yang bakal berlangsung pada 31 Mac ini. Dengan City Boys ghairah memburu kemenangan pertama, ketajaman barisan serangan Merah Kuning perlu diasah lagi.

“Ya, bila kita lihat secara keseluruhan, sebahagian besar kita mampu menyerang dengan baik cuma kita tidak mendapatkan gol. Untuk perlawanan akan datang, kita perlu tambahbaik lagi dari segi individu, dari segi membuat keputusan.

Advertisements

“Kita harap dapat maju ke tahap seterusnya. Ini pengajaran kepada semua, pemain-pemain kena belajar dan barisan kejurulatihan akan bekerja lebih keras untuk pastikan Selangor berada pada tahap terbaik,” tambahnya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram