Tan Cheng Hoe Risau Momentum Selangor Terjejas
Liga Super
Selangor FC
Advertisements

Jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe bimbang dengan momentum pasukannya kerana berehat lama selama dua bulan.

Keresahan ini disuarakan beliau kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom baru-baru ini.

Selangor kali terakhir beraksi secara kompetitif ialah aksi menentang Terengganu FC pada 29 September lalu. Perlawanan tersebut berkesudahan dengan kemenangan 4-0 buat Merah Kuning.

Advertisements

Sejak itu, Selangor perlu menanti aksi kompetitif mereka selama dua bulan sebelum turun menentang Perak FC pada bulan depan.

Bagi Cheng Hoe, tempoh rehat ini merupakan tempoh rehat yang paling panjang yang pernah dirasainya sebagai jurulatih.

Justeru, aspek kecergasan pemain akan menjadi keutamaan termasuk mengatur aksi-aksi persahabatan kompetitif. Ini bagi memastikan mereka bersedia bila menentang skuad Seladang.

Advertisements

“Untuk tempoh tanpa aksi yang agak lama, lebih kurang dua bulan tanpa aksi kompetitif, memang sedikit sebanyak boleh menjejaskan suasana pasukan tetapi mereka sebagai pemain dan kami sebagai jurulatih, perlu menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.

“Kerana yang penting adalah sasaran kami untuk berada di tangga kedua liga dan perlu bekerja keras untuk memastikan pasukan sentiasa dalam keamatan dan tempo yang baik apabila menentang mana-mana pasukan nanti,” katanya di Astro Arena.

Selangor berharap dapat memperkukuh kedudukan kedua dalam liga bila menentang Perak pada 25 November ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram