Tang Jie-Ee Wei Tarik Diri BWF World Championships
UltraSukan
BA Malaysia

Juara dunia beregu campuran, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei terpaksa melupakan hasrat mempertahankan gelaran juara yang dimenangi pada edisi 2025.

Beregu campuran nombor tujuh dunia itu mengambil keputusan menarik diri daripada BWF World Championships 2026.

Keputusan itu dibuat memandangkan Ee Wei masih lagi meneruskan proses pemulihan kecederaan selepas menjalani pembedahan lutut. Perkara ini turut disahkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dalam satu kenyataan.

“BAM mengesahkan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei telah menarik diri daripada BWF World Championships 2026 tatkala Ee Wei meneruskan pemulihannya selepas pembedahan lutut baru-baru ini.

“Keputusan itu dibuat berdasarkan nasihat perubatan dengan pemulihan jangka panjang Ee Wei kekal menjadi keutamaan.

“BAM juga telah mengemukakan permohonan kepada BWF untuk melindungi ranking dunia Ee Wei semasa beliau menjalani pemulihan,” kata badan induk itu dalam satu kenyataan.

BAM turut mendoakan Ee Wei cepat sembuh daripada kecederaan yang dialami. Susulan itu, Tang Jie membentuk gandingan sementara dengan Clarissa San sementara beliau menjalani proses pemulihan.

Edisi 2025 menyaksikan Tang Jie-Ee Wei mencipta sejarah sebagai wakil Malaysia pertama bergelar juara dunia dalam arena sukan badminton.