Tangisan Mukhairi Ajmal Ceritakan Segalanya
Dunia
Advertisements


Sedih, hampa dan juga kecewa menyelubungu setiap jiwa para pemain pasukan bawah 23 tahun negara apabila usaha gigih mereka untuk mara ke pentas akhir tidak kesampaian.

Pasukan kendalian Brad Maloney jelas beraksi dengan cukup baik sungguhpun berada di bawah tekanan apabila berdepan dengan pasukan Vietnam.

Semangat juang yabng ditunjukkan oleh para pemain untuk tidak mengalah sebaliknya membuatkan barisan pemain Park Hang Seo buntu sepanjang 90 minit permainan.

Advertisements

Perlawanan yang diheret sehingga ke masa tambahan itu jelas tidak memihak kepada Malaysia apabila gol tunggal berjaya dijaringkan oleh penyerang tuan rumah sekaligus meranapkan impian negara.

Kapten pasukan negara, Mukhairi Ajmal yang mengemudi jentera tengah bersama-sama Nik Akif Syahiran jelas tidak dapat menyembunyikan kekecewaan yang menyelubungi sanubari mereka.

Dalam satu video yang dimuat naik oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, perancang berbakat Selangor ini kelihatan berjalan ke luar padang dengan menangis teresak-esak selepas hasrat untuk ke pentas akhir terpaksa dilupakan.

Advertisements

Beliau cuba ditenangkan oleh rakan sepasukan terutamanya Luqman Hakim yang benar-benar mahu rakan sepasukannya segera bangkit dan melupakan apa yang sudah terjadi.

Hal ini sudah pasti sukar buat Mukhairi yang mendominasi bahagian dengan dengan sangat baik selain sering menyalurkan hantaran-hantaran berkualiti kepada rakan sepasukan.

Malaysia juga beberapa memperoleh peluang keemasan menerusi gerakan yang dicipta oleh beliau sungguhpun perlawanan berakhir dengan para pemain tidak berjaya menembusi kubu kuat lawan.

Advertisements

Malaysia bakal berentap dengan seteru tradisi, Indonesia dalam penentuan tempat ketiga.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram