Tano Solari: JDT Ada Standard Yang Tinggi
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih baharu Johor Darul Ta’zim (JDT), Tano Solari mengakui bahawa pasukannya memiliki standard yang tinggi dalam pentas bola sepak.

Pengendali kelahiran Argentina itu baru sahaja tiba bagi mengisi jawatan daripada Hector Bidoglio yang kini bergelar Pengarah Teknikal.

Dalam satu kenyataan, jurulatih muda berusia 44 tahun itu berpuas hati dengan persiapan pasukan selama dua minggu di Malaysia dan kini menjalani latihan di Dubai bagi aksi pra-musim.

Advertisements

“Persediaan dan persiapan amat baik. Kami juga bertemu pemain secara individu untuk melihat keadaan fizikal mereka.”

“Kami juga mahu memahami posisi mana yang sesuai untuk mereka di dalam padang.”

Solari juga berharap agar pada pemain Harimau Selatan dapat segera menyesuaikan diri dengan falsafah permainan yang mahu diterapkannya.

Advertisements

“Semua orang tahu JDT mempunyai standard yang tinggi dan ini adalah sebab utama mengapa kami ke sini,” jelasnya.

Bekas bintang bola sepak Argentina ini juga yakin JDT bakal memperoleh pengalaman yang cukup baik berdepan lawan yang kuat dari Russia bermula malam ini.

JDT bakal bertemu FC Rostov dari Russia bagi aksi pra-musim pertama di Padang Bola Ritz Charlton.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram