Tano Solari Puji Keberanian JDT Hadapi Kekuatan Terengganu
Piala Malaysia
JST
Advertisements

Jurulatih Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC), Tano Solari memuji keberanian yang ditunjukkan anak-anak buahnya bila menentang Terengganu FC dalam aksi final Piala Malaysia 2023.

Seperti dijangka, skuad Peteh memberi tentangan sengit kepada Harimau Selatan bagi mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Malaysia selama 22 tahun.

Biarpun beraksi di atas padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang kurang elok, JDT berjaya menggondol gelaran juara dengan kemenangan 3-1 ke atas Terengganu.

Advertisements

Justeru, Solari melihat keberanian anak-anak buahnya untuk terus mencuba dilihat kunci buat mereka mempertahankan Piala Malaysia buat kali kedua berturut-turut.

“Kita amat gembira kerana dapat meraih kejuaraan keempat dalam musim ini. Ia satu final yang sukar, satu perlawanan yang payah kerana Terengganu telah menunjukkan banyak kemajuan sejak perlawanan pertama menentang mereka.

“Sekarang, mereka bermain sangat bagus dan bermain bola sepak yang kuat terutama dari segi pertahanan. Bagi saya, itu keberanian yang ditunjukkan para pemain walaupun beraksi di atas padang yang kurang elok.

Advertisements

“Saya amat risau keadaan mereka terutama jika mereka cedera dalam permainan. Corbin mengalami sedikit kecederaan di buku lalinya.

“Kita menunjukkan keberanian dengan bermain bola sepak cara JDT yang kita mahukan. Kadang-kadang padangnya bagus tapi kadang-kadang bila pemain beraksi terlalu pantas, ia tidak membantu kita kerana ia tidak membantu cara kita bermain cara yang kita mahukan.

“Tapi hari ini, mereka bermain dengan penuh berani dan mereka mencuba. Dan pada akhirnya, kita mencipta peluang untuk mendapatkan. Itu sudah pastinya membantu kita mendapatkan kejuaraan (Piala Malaysia) dan saya bangga dengan mereka.

Advertisements

“Dan ini juga kepada para penyokong yang hadir hari ini untuk menyokong kita. Mereka pula hadir beramai-ramai (untuk menyokong kita) dan saya gembira untuk mereka,” katanya dalam sidang media pasca-perlawanan hari ini.

JDT mencipta rekod sebagai pasukan pertama Malaysia yang menggondol empat kejuaraan dua tahun berturut-turut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram