Tapak 40 Ekar Bakal Jadi Stadium Baru Kelantan
MakanBola
TRW Kelantan FC
Sponsors

Pasukan gergasi dari Pantai Timur, Kelantan FC kini sedang dalam perancangan untuk membangunkan sebuah stadium bola sepak baharu di Kelantan. 

Menerusi temubual bersama penyokong, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih mesra dengan jolokan Zamsaham memaklumkan bahawa beliau sudahpun melawat tapak berkeluasan 40 ekar yang dijangka menjadi lokasi terbaik untuk pembinaan stadium. 

Ad

Mengulas lanjut, Zamsaham bagaimanapun tidak mahu mendedahkan lokasi sebenar dan beliau tidak menceritakan tujuan-tujuan lain ketika melawat tapak tersebut.

Ad

Dalam pada itu, Zamsaham juga sempat menyuarakan hasratnya untuk membawa pulang bintang muda kelahiran Kelantan, Luqman Hakim Shamsuddin untuk mewakili The Red Warrior musim hadapan. 

Pasukan Kelantan kini sedang bersaing dengan pasukan Johor Darul Ta’zim II untuk mengungguli tangga pertama saingan Liga Premier. Baki dua perlawanan bakal menjadi aksi penting buat skuad The Red Warrior mencapai sasaran untuk merangkul trofi Liga Premier 2022.

Ad