Tatsuma Yoshida Kembali Sertai Ventforet Kofu
Dunia
Venforet Kofu
Advertisements

Bekas ketua jurulatih skuad kebangsaan Singapura, Tatsuma Yoshida diumumkan sebagai pengurus untuk sebuah kelab Jepun yang beraksi di J League 2, Ventforet Kofu.

Beliau sebelum ini melepaskan jawatan di Ventforet Kofu dan menyertai skuad kebangsaan Singapura pada tahun 2019 dengan misi membawa pulang kejuaraan Piala AFF ke bumi Singapura.

Namun selepas tewas kepada Indonesia di separuh akhir Piala AFF 2020, beliau terus melepaskan jawatannya sebagai ketua jurulatih Singapura walaupun masih berbaki kontrak 1 tahun.

Advertisements

Tatsuma Yoshida turut berterima kasih kepada Ventforet yang sudi menerimanya kembali ‘beraksi’ di bumi Jepun.

“Saya berterima kasih kepada kelab ini kerana menghargai kerja keras saya dan kembali melantik saya sebagai jurulatih di Venforet Kofu sekali lagi walaupun kami jatuh liga pada tahun 2017.

“Saya juga ingin ucapkan terima kasih kepada penaja dan pihak pengurusan kerana menerima saya kembali.” Jelas Tatsuma Yoshida di laman rasmi kelab berkenaan.

Advertisements

Beliau sebelum ini dilihat sebagai bernilai buat bola sepak Singapura dengan aksi bertenaga pasukan dikendalikannya namun akhirnya membuat kep[utusan untuk kembali ke Jepun.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram