Tchetche Kipre Optimis Peluang KL City Masih Terbuka
Piala Malaysia
KL City FC
Advertisements

Penyerang berpengalaman KL City, Tchetche Kipre percaya pasukannya masih berpeluang untuk bangkit pada aksi kedua Piala Malaysia kelak.

Kipre mahu memandang dari sudut positif dan percaya KL City masih mempunyai peluang untuk mengatasi defisit gol menentang Terengganu.

“Peluang sentiasa terbuka dalam bola sepak. Jika kita ketinggalan 2 gol mungkin sukar namun kita kalah 2-1 dan mempunyai bekalan 1 gol.” ujar Kipre kepada pihak media sejurus tamat perlawanan.

Advertisements

Walaupun bakal bertandang ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin bagi aksi timbal balik, kepulangan beberapa pemain utama KL City akan menjanjikan aksi yang lebih baik.

Beberapa pemain seperti Paulo Josue, Romel Morales dan Ryan Lambert dijangka akan kembali memperkuatkan pasukan bagi aksi kedua nanti.

“Saya rasa kami boleh bermain sepenuh potensi kami untuk perlawanan akan datang dengan kepulangan beberapa pemain. Kami akan berikan segalanya dan saya percaya KL City boleh jaringkan gol.” tambah Kipre lagi.

Advertisements

Jaringan penalti minit akhir oleh Kipre membantu KL City mengurangkan defisit gol namun pasukan tersebut perlu bekerja keras untuk melakukan kebangkitan dihadapan ribuan penyokong Terengganu kelak.

Kipre telah menjaringkan 11 gol buat KL City dalam semua pertandingan bagi musim ini.

KL City kini membawa bekalan 1 gol untuk aksi kedua Piala Malaysia bertemu Terengganu yang dijadualkan pada 3 November.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram