Teka-Teki Bakal Terjawab, Tinggal Dua Nama Calon Akhir
Dunia
ejinsight
Advertisements

Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menyatakan bahawa FAM telah menyenarai pendek, dua nama calon terbaik untuk menyandang jawatan penolong jurulatih Harimau Malaya.

Hamidin ketika ditemui pada semalam menjelaskan sesi temuduga telah dijalankan sepenuhnya oleh pengarah teknikal dan pihak jawatankuasa. Seramai enam orang calon telah memohon untuk menjadi pembantu kepada Kim Pan-Gon.

“Saya telah serahkan kepada TD (Pengarah Teknikal) dan pihak jawatankuasa untuk kendalikan sesi temu duga dan semuanya seramai enam orang yang ditemu duga baru-baru ini.”

Advertisements

“Hasil temu duga berkenaan, saya diberitahu seramai dua calon telah disenarai pendek dan kedua-dua calon berkenaan akan ditemu duga sendiri oleh Pan-gon nanti.”

Presiden FAM menjelaskan bahawa beliau mempercayai kredibiliti yang ada pada Scott O’Donell untuk menyenarai pendek nama-nama calon. Hamidin seakan memberi bayangan, bakal pembantu Kim Pan Gon kelak adalah individu yang berpengalaman dalam arena bola sepak tempatan. 

“Bagi saya, O’Donell adalah individu yang berpengalaman dan dia ada katakan kepada saya agar dua calon disenarai pendek selepas temu duga. Setelah disenarai pendek, kedua-dua calon berkenaan adalah antara calon yang berpengalaman. Kalau kata nama besar semua ini (dua calon) ada pro license (lesen profesional).”

Advertisements

“Bagi saya, di situlah benchmark (penanda aras pelantikan penolong jurulatih) dan yang selebihnya biarlah dia (O’Donell) yang buat pengumuman,” kata Hamidin kepada Sinar Harian.

Antara nama-nama yang hangat diperkatakan untuk menyandang jawatan ini ialah Zainal Abidin Hassan, Azraai Khor Abdullah, E Elavarasan, Nafuzi Zain, Nidzam Jamil dan Manzoor Azwira Abdul Wahid.

Selain itu, empat nama lain yang turut dikaitkan ialah Wan Rohaimi Wan Ismail, Wan Mustaffa Wan Ismail, Ismail Ibrahim dan Firdaus Tan Abdullah juga dilaporkan telah selesai menjalani temuduga bersama Scott O’Donell.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram