Aksi pertama Harimau Malaya di Stadium Sultan Ibrahim esok terus mencuri tumpuan menerusi tema serba kuning yang penuh gah di sana.
Malaysia akan berdepan dua pasukan bagi aksi persahabatan tier 1 iaitu Turkmenistan dan juga Hong Kong.
Walau bagaimanapun, persiapan di kawasan stadium bagi aksi mendebarkan ini telah menarik perhatian para penyokong apabila keadaan stadium telah bertukar kepada warna tema Harimau Malaya.
Berdasarkan perkongsian oleh Johor Southern Tigers, seluruh keadaan stadium tampil berwajah baharu denga warna tema hitam kuning menghiasi seluruh perkarangannya.
Perubahan ini juga mendapat sambutan positif daripada ‘ekor’ Harimau Malaya tatkala meletakkan harapan yang cukup tinggi di bahu pemain.
Perkara ini sudah tentu memberi suntikan motivasi yang amat baik buat para pemain dan juga penyokong yang dijangka membanjiri stadium bagi menyaksikan pertarungan hebat anak didik Kim Pan-gon esok.
Aksi pertama pada pembukaan bulan Ramadan ini bakal berlangsung jam 10 malam berdepan pasukan pada tangga ke-135 dunia itu.